Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Apakah Cabaran Atau Masalah Besar Anda?

PDFPrintE-mail

  • Apakah anda mempunyai masalah membentuk matlamat mantap kehidupan anda? Adakah anda menghadapi cabaran besar mencapai matlamat yang anda impikan.
  • Adakah anda dilanda tekanan dalam menyelesaikan masalah? Adakah anda ingin kaedah menyelesaikan masalah (problem solving) yang lebih baik?
  • Adakah anda mengalami konflik diri yang menghantui diri anda? Adakah anda ingin menresolusikan konflik tersebut tetapi tidak tahu cara yang mudah?
  • Adakah anda atau pun orang yang anda sayangi mempunyai fobia atau ketakutan pada sesuatu yang menjejaskan kehidupan mereka? Fobia pada binatang. ketinggian, tempat sempit, dll??
  • Adakah anda menghadapi masalah stres atau tekanan ditempat kerja atau dirumah? Adakah anda ingin hidup ebbas dari tekanan yang memudaratkan diri anda.

Jika anda mempunyai masalah atau cabaran diatas NLP Neuro-Linguistic Programming yang terbukti keberkesanannya dapat membantu anda. NLP adalah satu kaedah teknologi minda yang berasaskan kepada pengalaman subjektif yang anda lalui.

Bagaimanakah NLP  Dapat Membantu Anda?

Membina hasil atau "Outcome" adalah salah satu tonggak utama NLP. Ini bermakna anda dapat membentuk matlamat anda dengan lebih mudah. Soalah utama NLP ialah "Apakah yang saya mahu?" Jika ini anda dapat dengan mantap maka soalan yang menyususl kemudiannya adalah mekanik iaitu "Bagaimanakah saya dapat mencapainya?". Ramai yang datang ke program NLP baru menyedari kepentingan membentuk matlamat yang mantap kerana mereka mengambil mudah perkara yang begitu penting sekali dalam kehidupan mereka.

Jika anda menghadapi stres atau tekanan, beberapa corak atau 'pattern' NLP dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Corak Bulatan Kecemerlangan atau 'Circle of Excellence' dapat meletakkan anda dalam keadaan atau 'state' yang anda ingini. Keadaan mental dan fisiologi anda dapat diperbetulkan dan diselaraskan dengan diri anda. Pemulihan dan penyelarasan tenaga adalah penting untuk memberikan kestabilan diri.

Corak "Swish Pattern" adalah bagi anda untuk membentuk imej diri yang anda ingini. Membentuk imej diri yang benar-benar bebas dari sebarang tekanan dengan wayang minda melalui teknik 3A dan sistem representasi yang betul yang ditunjukkan dalam program NLP amat mustahak untuk mencapai hasil yang diingini.