Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Akademi NLP

Satu Pengiktirafan

PDFPrintE-mail

Satu hari yang bersejarah lagi bagi saya, warga kerja dan semua Trainer Afiliasi ANLPM. Baru saja menerima dokumen pensijilan dengan DHL Express dari USA. American Board of NLP (ABNLP) pimpinan Drs Tad dan Adriana James memperakui Akademi NLP Malaysia sebagai pusat pengajaran NLP ABNLP.

abnlpcert1

Lebih Lanjut

 

NLP buka minda capai impian

PDFPrintE-mail

NLP BUKA MINDA CAPAI IMPIAN

Oleh : Prof. Datuk Dr. Rohana Yusoff Fasc

 

 

Saya pernah dapat maklum balas temu duga daripada pihak industri dan mereka mengatakan ada graduan tidak tahu apa mereka mahu ataupun tiada impian hidup.

Ini agak mengejutkan kerana dalam usia remaja sepatutnya graduan memiliki kecerdasan minda yang akan memacu mereka membina impian luar biasa untuk dicapai tetapi keadaan kini sebaliknya.

Mengapa ini berlaku? Saya percaya ini berpunca daripada didikan kita yang sering buat keputusan untuk mereka.

Maka terhasil generasi graduan yang tidak punya matlamat spesifik dalam kehidupan termasuklah bidang kerjaya.

Ini juga mungkin bermula di zaman persekolahan mereka yang mana mereka hanya ingin lulus peperiksaan tetapi tidak tahu apa yang mereka ingin selepas itu.

 

Apakah Yang Anda Mahu?

Dalam Neuro-Linguistic Programming atau NLP, “APA YANG ANDA MAHU?” adalah soalan utama dan paling penting.

Kemahuan itu merupakan sasaran dalam kehidupan. Ia bukan sekadar soalan kosong, tetapi soalan itulah yang menjadi titik tolak kepada perancangan kita yang selanjutnya.

Soalan ‘APA YANG KITA MAHU’ itu akan terus menerus mengasak minda mereka. Mereka tidak dapat lari untuk tidak menjawabnya kerana itu adalah berkaitan dengan impian mereka.

Asakan ini akhirnya akan menghasilkan ‘outcome thinking’ bagi merancang dan merangka pelan serta kaedah untuk memperoleh jawapan kepada soalan utama tersebut.

Dengan kata mudahnya, apabila kita benar-benar jelas tentang kemahuan kita, maka kita akan dapat merancang dengan teliti supaya ‘APA YANG KITA MAHU’ itu dapat kita capai dengan cemerlang.

Melalui NLP, pelajar diberi kefahaman yang mendalam supaya dapat menentukan sasaran (goal setting) sama ada dalam pelajaran ataupun target atau sasaran dalam kehidupan.

Dalam menentukan sesuatu yang ingin dicapai pelajar tersebut, beberapa konsep dalam membina matlamat diberi kepada pelajar agar target atau sasaran yang ditetapkan tidak tersasar.

Antaranya integrasi tiga konsep iaitu S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Achievable, Real, Timeliness), Konsep3P (Positive, Personal, Present) dan kederiaan VAK (Visual, Auditory, Kinesthetic).

Malah satu konsep lagi iaitu P.U.R. E (Positive statement, Understand, Relevant and Ethical) boleh ditambah.

 

Membina Kemampuan Diri

NLP turut menekankan bahawa kita tidak ada kemampuan untuk mengubah persekitaran, tetapi kita ada sepenuh kemampuan untuk mengubah diri agar sesuai dengan persekitaran.

Keupayaan pelajar mengubah diri agar bersesuaian dengan persekitaran amat  penting dalam mencorakkan kejayaan.

Ia akan jadikan pelajar lebih fleksibel.

Mereka yang fleksibel ini akan sentiasa berada dalam keadaan terkawal kerana tidak terpengaruh dengan apa yang ada dalam persekitaran.

Dalam NLP, pelajar dididik supaya dapat kawal diri agar tidak terpengaruh dengan faktor persekitaran ini.

Sebagai contoh, kekayaan atau kemiskinan sama sekali tidak akan beri kesan kepada pelajar untuk berjaya.

Dalam NLP, pelajar pegang prinsip “the past and the present is not the future”.

Ini akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk merancang masa depan yang terbaik tanpa terpengaruh apa yang berlaku pada waktu lepas.

Saya begitu teruja dengan Seminar NLP untuk Pelajar anjuran GPSBestari.com dan Akademi NLP Malaysia.

Saya percaya pelajar akan dapat faedah besar dan mereka beruntung kerana mula kenali NLP pada usia muda.

Oleh itu saya ingin sarankan kepada ibu bapa, guru dan pensyarah untuk sama-sama kuasai ilmu NLP kerana ia akan bantu pelajar buka minda.

 

Program Pengamal Asas NLP35 Bersijil

PDFPrintE-mail

Program Pengamal Asas NLP35 Bersijil telah berlangsung di Akademi NLP Malaysia pada 22hb Mac  sehingga 27hb Mac 2014.Alhamdulillah semua peserta telah lulus dan telah ditauliahkan Sijil Pengamal NLP dari Akademi Malaysia. Syabas kepada Tuan Haji Md Taib Bin Mat yang telah Berjaya memulakan semula langkah beliau setelah beliau berehat panjang.

 

nlp

   

Certified NLP Coach

PDFPrintE-mail

CERTIFIED NLP COACH KPT Siri-6

Program kali ini bermula pada 14hb Februari 2016, peserta mendaftar masuk ke Pasir Salak Eco Resort dan memulakan kelas pada 15hb Februari 2016 sehingga 20hb Februari 2016. Penyertaan kali ini telah disertai oleh wakil2 universiti, agensi kerajaan dan juga orang awam. Antara universiti terlibat kali ini adalah dari UKM, UMK, UMS, UNIMAP, UNIMAS, UniSZA, UTeM, USM, UTHM, UTM dan UiTM. Manakala Agensi Kerajaan yang terlibat adalah dari TSIS, KETENGAH, YBK dan juga SBPI Gombak. Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran 'The Iron Lady' Datuk Wira Dr. Maznah Hamid yang menjadi pemerhati daripada hari ke-3 sehingga tamat program. Manakala Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Idris Jusoh turut hadir pada hari ke-4 untuk beramah mesra dengan peserta program.

 

Certified NLP Framer & Reframer - September 24-26 2016

PDFPrintE-mail

Certified NLP Framer & Reframer telah diadakan pada 24-26 September 2016, bertempat di Dewan Anggerik, Bangunan UMNO Shah Alam.

fr_16sept24

   

Page 2 of 10