Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Akademi NLP

Meneroka NLP dalam pendidikan

PDFPrintE-mail

MENEROKA NLP DALAM PENDIDIKAN

Oleh : Prof. Madya Angzzas Kassim

 

 

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah kunci kejayaan?

Bagaimana pula keadaannya apabila dalam persekitaran pembelajaran yang sama iaitu guru yang sama, kemudahan fasiliti yang sama dan sebagainya, garapan dan kefahaman ilmu setiap pelajar masih berbeza?

Ada yang amat tampil dengan ilmu di dada, tidak kurang juga yang biasa-biasa sahaja.

Lebih menyedihkan apabila, kegagalan sentiasa menjadi peneman setia.

Pastinya tiada seorangpun yang inginkan kegagalan.

Malah, kehidupan yang baik pada masa hadapan sering dikaitkan dengan kecemerlangan di institusi pengajian.

Adakah benar IQ semata-mata yang terkod dalam DNA keluarga mentakdirkan kemampuan setiap manusia?

Pada hakikatnya, anda semua adalah sempurna!

Kemampuan minda anda sebenarnya melepasi jangkauan pemikiran manusia. Mereka yang telah berjaya mungkin sudah menemui cara untuk mendapat kejayaan itu dengan guna kemampuan minda untuk mencipta nasib mereka.

Walau bagaimanapun, mungkin ada juga sekumpulan manusia yang masih terlena mindanya dan perlukan sedikit rangsangan untuk membangkitkannya semula.

Mungkin inilah rahsianya.

Persoalannya, bagaimana?

Awal tahun 2015 dengan izinNya saya mempelajari ilmu NLP (Neuro-Linguistic Programming); iaitu satu kaedah untuk memodelkan kecemerlangan hasil daripada kajian saintifik beberapa pakar psikoterapi.

Apa yang menarik saya untuk lebih mendalami ilmu ini adalah keberkesanan teknik yang digunakan dalam masa agak singkat.

Tambahan lagi, ia merupakan templat yang fleksibel dan boleh diaplikasikan ke pelbagai bidang, daripada pendidikan, perniagaan, pengurusan organisasi termasuklah kekeluargaan.

Perkara utama yang ditekankan dalam mencapai kecemerlangan adalah ‘kawalan diri’ (state management).

Berjaya atau gagalnya seseorang itu bertitik tolak dengan bagaimana dia kawal emosi yang seterusnya pengaruhi tindakan dan maklum balas (respond) akan dijana.

NLP menunjukkan bahawa emosi boleh dikawal dengan dua perkara, fisiologi dan sistem representasi dalaman (wayang minda).

Dalam Islam misalnya, kita digalakkan untuk duduk sekiranya sedang marah, ambil wuduk dan bernafas dalam-dalam.

Kita jadi lebih tenang. Nah, ini adalah contoh ringkas bagaimana dengan ubah fisiologi dapat mengubah emosi merudum seseorang dengan cepat.

Daripada pengalaman saya sebagai seorang pensyarah, kebanyakan pelajar tidak jelas dengan apa yang mereka mahu. Jawapan seperti, ‘saya tak minat program ini tetapi ibu atau ayah yang suruh buat’, ‘saya ikut sahaja, kawan-kawan yang pilihkan’, ‘saya tak pasti kenapa saya di sini, nak cuba-cuba dulu lah’ dan macam-macam lagi, amat merunsingkan.

Apabila hidup seperti robot dalam mode default, maka pencapaian hidupnya biasa-biasa sahaja.

Sebaliknya, ada juga pelajar yang begitu jelas dengan apa yang diinginkan, seluruh fokus dan tenaganya lebih terarah seperti lampu yang menerangi malam yang gelap.

Justeru, pendidik bukan sahaja perlu pakar dalam kandungan subjek, malah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.

Teknologi yang diketengahkan dalam NLP merupakan sesuatu yang amat bernilai untuk diterokai.

 

Perkembangan NLP Coaching

PDFPrintE-mail

Prof Dr M. Shatar yang merupakan salah seorang peserta Bootcamp NLP Coaching di Pasir Salak selama 6 hari 6 malam yg dianjurkan oleh Akademi NLP Malaysia berkongsi makna dan hasil program didalam Berita Harian. Jom NLP Coaching bersama Akademi NLP Malaysia!

peserta terbaik kpt 5 prof dato dr mohammad shatar 2

keratan akhbar bh 25 jan 16

 

Kemahiran Asas NLP Coaching (USIM) - Ogos 20-22 2016

PDFPrintE-mail

Kemahiran Asas NLP Coaching untuk pengurusan tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 20-22 Ogos 2016, bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

usim_16aug20

Lebih Lanjut

   

NLP mampu ubah pelajar tercorot

PDFPrintE-mail

NLP MAMPU UBAH PELAJAR TERCOROT

Oleh : Prof. Datuk Ir Dr. Mohd Jailani Mohd Nor


Anda mahu jadi seorang pelajar yang cemerlang? Tetapi anda buntu atau tidak tahucara yang terbaik untuk mencapainya? Adakah anda mahu tahu satu cara atau kaedah yang dapat membantu anda berjayadengan cemerlang atau mengatasi kegagalan yang anda bimbangkan?Kepada ibu bapa atau guru yang ingin perkara sama untuk anak atau pelajar anda, iniadalah peluang keemasan. Jangan lepaskan peluang ini kerana buat pertama kalinya program NLP untuk pelajarakan diadakan di seluruh negara. Saya sendiri akan menjadi salah seorang ‘trainer’ atau ketua fasilitator programtersebut.Jadi apakah NLP sebenarnya? NLP atau Neuro Linguistic Programming merupakansalah satu teknik paling berkesan digunakan untuk mengubah sikap, pemikiran danperlakuan seseorang individu atau kumpulan.

Lonjak prestasi pelajar

Secara peribadi saya sendiri dengan izin ALLAH SWT telah menggunakan salah satuteknik dalam NLP sejak di bangku sekolah lagi sehingga berjaya mentransformasikandiri dari seorang anak kampung yang berada dalam kedudukan 10 peratus tercorotdalam kelas hingga dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan MCE (MalaysianCertificate of Education) pada ketika itu.Ini membolehkan saya dapat tajaan melanjutkan pelajaran keluar negara denganmenggunakan kaedah yang sama.Pastinya pada waktu itu saya tidak tahupun teknik digunakan itu ada sandaransaintifik dalam kaedah NLP disebutkan sebagai WFO (Well-Formed Outcome) ataudalam bahasa Melayunya sebagai Hasil Matlamat yang Sempurna.Ia adalah satu pembentukan penyudah yang hebat. Ada pelbagai teknik dan tip yangakan dikongsi oleh pakar terlatih dan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsadalam program ini nanti.Jika saya boleh melakukannya dengan permulaan yang sangat sederhana, saya sangatyakin dan percaya anda juga boleh melakukannya. Anda boleh!.

Menjadikan Diri Positif

“Ke mana tumpuan diberi, tenaga akan mengalir dan memberikan hasil” (Whereattention goes, energy flows and results show).
Kata-kata hikmah ini merupakan salah satu prinsip dalam pendekatan NLP yangboleh dijadikan sebagai perangsang untuk membentuk jati diri positif dan hebat.Fokus kepada diri positif yang anda inginkan, sentiasa bercakap dengan nada danperkataan yang positif, dan bertindak secara positif.Amalkan perkara ini dan saya yakin anda akan menjadi pelajar hebat. Anda akanmenjadi seorang individu yang cemerlang pada masa akan datang.Ada banyak lagi kata-kata hikmah yang hebat seperti di atas yang menjadi prinsip danandaian NLP.Bayangkan dengan satu teknik ini sahaja pun anda sudah boleh dapat banyak sekalifaedahnya. Jadi saya amat syorkan alangkah baiknya jika anda turut serta dalamprogram ini dan dilatih dengan banyak lagi teknik yang ada dalam pendekatan NLP.

NLP kepada Guru

Program ini bukan sahaja berfaedah kepada pelajar malah juga sangat berguna kepadaguru. Banyak kaedah yang akan dikongsi dan terus boleh memberi impak tinggidalam kelas ketika proses pembelajaran berlaku.

 

TERKINI!

PDFPrintE-mail

UTUSAN MALAYSIA-1/2/2016

Akademi NLP Malaysia mengucapkan tahniah kepada YBhg Dato Mohd Noh Dalimin yang diiktiraf sebagai Naib Canselor pertama dari IPTA menerima kelayakan 'Certified NLP Coach' (ANLPM).Beliau melalui program 6 hari bootcamp coaching intensif dengan jayanya.Kami berasa bangga kerana terpilih mengendalikan program ini.

12592192_1244148858935873_7063802880137704599_n

   

Page 5 of 10