Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Akademi NLP

Impi Kecemerlangan PDP Jadi Nyata

PDFPrintE-mail

IMPI KECEMERLANGAN PDP JADI NYATA

Oleh : Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad

 

Kebanyakan pensyarah, termasuk saya sendiri mempunyai impian untuk menjadi pensyarah yang cemerlang iaitu dapat memberi syarahan yang memukau serta mengasyikkan. Seterusnya ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi terhadap proses pembelajaran pelajar.

Malah, ramai pensyarah,seperti saya  juga mempunyai niat untuk menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran mereka.

NLP merupakan singkatan kepada “Neuro Linguistic Programming” yang merangkumi gabungan tiga komponen yang utama iaitu Otak (Neuro), Bahasa (Linguistic) dan pengaturcaraan (Programming). Neuro adalah di mana berlaku interaksi antara tubuh (reaksi fisiologi) dan minda manusia.

Ia juga merujuk kepada sistem saraf di mana maklumat dan pengalaman diterima melalui lima deria iaitu penglihatan (V), pendengaran (A), sentuhan (K), bau (O) dan rasa (G).

Linguistik pula adalah sistem bahasa yang merangkumi kedua-dua bahasa lisan dan bahasa bukan lisan di mana berlaku proses pengekodan dan pemberian makna oleh sistem representasi individu.

Bahasa menentukan bagaimana individu bersemuka dan berkomunikasi dengan individu lain.

‘Programming’ atau pengaturcaraan merujuk kepada menentukan atau menyusun kelakuan atau tindakan bagi mencapai matlamat yang diingini.

Secara ringkasnya, NLP menjelaskan interaksi dinamik antara minda (neuro) dan bahasa (linguistik) serta bagaimana interaksi antara minda dan bahasa mempengaruhi tingkah laku individu (pengaturcaraan).

NLP pada asalnya dibangunkan pada tahun 1970-an dan merupakan usaha gabungan bersama ahli sains matematik dan komputer, Richard Bandler dan seorang profesor dalam bidang linguistik, John Grinder menggabungkan kepakaran mereka berdua, Bandler dan Grinder memperkenalkan satu sistem yang merevolusikan cara bagaimana komunikasi dan perkembangan individu boleh difahami.

NLP merupakan satu pendekatan atau alat yang mengkaji corak pemikiran dan kelakuan serta menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

NLP mengandungi banyak teknik dan strategi kecemerlangan.

Namun, dalam ruangan yang terhad ini saya ingin berkongsi tiga aspek NLP untuk menerangkan bagaimana NLP dapat membantu seseorang pensyarah membuat penyampaian yang memberi impak tinggi yang positif serta mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dengan berkesan.

 

Sistem Representasi Diri

Kebiasaannya, setiap individu memproses maklumat sensori menggunakan lima sistem representasi iaitu melihat, mendengar, sentuhan, bau dan rasa (VAKOG). Kebanyakan orang mempamerkan keutamaan (dominan) atau kecenderungan kepada satu sistem representasi.

Namun, keupayaan seseorang untuk menggabungkan semua sistem representasi mungkin menghasilkan pencapaian yang lebih baik.

Sebagai pensyarah atau guru, adalah amat berguna untuk mengetahui strategi pembelajaran pelajar bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan.

Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang melibatkan penggunaan kesemua sistem representasi.

Mengetahui sistem representasi pelajar akan membantu pensyarah membina hubungan baik (rapport) dengan pelajar dan dapat menyampaikan kuliah secara berkesan.

 

 

Tahniah kepada Meta-Coaches kumpulan pertama.

PDFPrintE-mail

Tahniah kepada Meta-Coaches kumpulan pertama yang Berjaya melepasi Brench Marking sesi 2013 yang julung kalinya diadakan di Malaysia dibawah naungan Tuan Haji Mat Taib Bin Mat,Pengasas Akademi NLP Malaysia yang berlangsung di Akademi NLP Learning Centre,Shah Alam,Selangor.

 

meta_coaches

 

NLP Untuk Guru

PDFPrintE-mail

NLP UNTUK GURU Memperkasakan Kecemerlangan Pendidikan.

NLP Untuk Guru ini bermula dari 16hb Januari dan berakhir pada 17hb Januari 2016, bertempat di Dewan Anggerik Bangunan UMNO Shah Alam, Selangor. Penyertaan kali ini disertai oleh guru-guru SBPI Gombak, salah sebuah sekokah 10 teratas SBP (SGE) memanfaat NLP Untuk Guru bagi P & P warga pendidik. Selama 2 hari 50 guru mencerap sebanyak mungkin tool NLP yang boleh di aplikasikan.
Tahniah dan syabas pada Pengetua SBPI Gombak Puan Rahanim yang mengikuti sepenuhnya program Certified NLP Untuk Guru Practitioner.
Mungkin mereka sekokah yang pertama dalam SGE dan SBP yang nengikuti program intensif NLP untuk P&P.

sbpi gombak

   

NLP Didik Terima Dengan Positif

PDFPrintE-mail

NLP DIDIK TERIMA DENGAN POSITIF

Oleh : Suzana Jaffar

 

 

Apakah yang boleh buatkan seseorang berjaya dengan cemerlang dan peroleh apa yang dia impikan? Jawapannya adalah Keinginan yang Tinggi.

Ia merupakan faktor pendorong kepada kejayaan seseorang untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

NLP atau ‘Neuro-Linguistic Programming’ memandu pelajar ke arah membina Keinginan Tinggi tersebut dengan mengenalkan teknik Visualisasi iaitu  pembentukan wayang minda.

Dengan menggunakan Teknik V.A.K (Visual, Auditori, Kinestetik) ia akan membuatkan skrin minda membentuk gambaran atau wayang minda.

Emosi pelajar akan digerakkan ke arah Keinginan Tinggi dalam merealisasikan  MATLAMAT mereka.

Tanpa keinginan dan matlamat jelas yang terbit dari dalaman diri sendiri, proses pembelajaran akan menjadi hambar dan kurang bermakna.

Keinginan dan matlamat adalah pendorong yang kuat. Tanpa matlamat kelakuan kita, seperti aktiviti pergi ke sekolah dianggap sebagai satu bebanan yang mungkin menjadi tekanan atau stress.

Dengan NLP pelajar didedahkan dengan pemahaman ‘Bagaimana Memberi Makna’ dan menjadikan pembelajaran sebagai sesuatu yang sangat positif.

Setiap perkataan yang diungkapkan oleh pelajar, ibu bapa dan guru-guru memberi MAKNA yang tersendiri dalam minda pelajar yang menerima perkataan tersebut dan ia akan dizahirkan oleh kelakuan atau kata-kata mereka.

Makna positif akan menzahirkan sikap yang positif dan makna negatif akan melahirkan sikap negatif.

Dengan pendedahan teknik NLP pelajar mampu mengubah sikap dan kelakuan negatif kepada positif kerana mereka tahu bagaimana melakukannya.

NLP mendidik pelajar untuk memberi ‘MAKNA yang Positif’ kepada setiap perkara yang sedang, ingin dan akan dilakukan.

Apabila pelajar mampu memberikan makna yang jelas dan positif kepada proses pembelajaran, ia dengan sendirinya dapat membuat pelajar merasakan proses pembelajaran itu adalah sesuatu yang SERONOK dan MENGUJAKAN. Menarik bukan?

 

Pandu pelajar fokus

Daripada pemerhatian dan pengalaman bersama pelajar yang saya sendiri dekati dengan guna teknik NLP, saya dapati pelajar yang telah didedahkan dengan teknik NLP atau yang telah melalui sendiri proses ‘Coaching’ dengan NLP, mereka mempunyai matlamat dan hala tuju yang lebih jelas.

Contohnya: Pelajar yang telah melalui pengalaman mempelajari teknik dalam NLP mereka lebih fokus kepada HASIL daripada tindakan yang mereka lakukan.

Pelajar ini lebih berdikari dan membawa diri mereka menjadi seorang yang mampu memandu diri sendiri dengan yakin dan tahu apa yang mereka mahukan.

 

Sesi Tea Talk

PDFPrintE-mail

Pada 13hb Mac 2014,satu sesi Tea Talk yang akan diperkenalkan di Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di De Palma Hotel Shah Alam,Selangor.Tea Talk tersebut di wakili oleh Tessie Lim , Tuan Haji Mat Taib Bin Mat dan Tan Hok Eng sebagai pembentangan sepanjang sesi dijalankan. Puan IR Hjh Khalidah sebagai pengacara majlis.

P/s : Tahniah kepada semua Meta-Coaches yang hadir.

tea_talk

   

Page 3 of 10