INSPIRASIKAN KEHIDUPAN ANDA

Out Of Stock / Not Available

Description:

Buku ini ialah sebuah buku yang ternyata amat ringkas dan memudahkan pemahaman kepada pembaca terutamanya kepada golongan muda untuk memahami secara lebih mendalam mengenai tonggak dan andaian utama Neuro-Linguistic Programming (NLP). Ia bukan sahaja mudah dan ringkas untuk difahami, bahkan penceritaan dalam buku ini adalah bersifat praktikal dengan wujudnya penerangan dan penggabungan dialog penceritaan menggunakan analogi sehingga ia membuatkan pembaca turut merasai situasi tersebut. Pengisahan sebenar yang dipapar terutamanya dalam mendepani pandemic COVID-19 pada masa ini, buku ini amatlah membantu dalam mencari positiviti yang berimpak tinggi kepada diri pembaca dengan penggunaan dan pengaplikasian NLP dalam kehidupan harian. Ia dapat membantu pembaca untuk mencari paksi diri semula dan membangunkan diri dari kemelut masalah yang hidapi. Antara yang terkandung dalam buku ini adalah seperti Mindsetting , Tiga Prinsip Berkaitan Komunikasi Manusia Dalam NLP, Prinsip Mengenai Niat, Daya Sumber Diri Dan Kelenturan Kelakuan, Perkembangan Diri dan lain-lain yang ternyata boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan bacaan kepada semua tanpa lapisan umur.