APA ITU MEGA EVENT NLP 2021?
MEGA EVENT NLP adalah satu program pensijilan NLP berskala besar anjuran Akademi NLP Malaysia (ANLPM).
Program pensijilan paling berkualiti ini melayakkan anda memperolehi sijil Certified NLP Practitioner (ANLPM).
Ianya dikendalikan oleh Sifu NLP No 1 Nusantara, Hj Md Taib Mat
NLP ialah teknologi berkesan mencemerlangkan diri setiap manusia. NLP terbukti dalam membangunkan dan menyerlahkan potensi insan secara sistematik, saintifik, dan holistik. Ia menjelaskan mengenai sistem minda-tubuh manusia, pengaruh bahasa lisan dan bukan lisan. NLP melonjakkan sumber daya berfikir bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
NLP adalah singkatan akronim kepada 'Neuro Linguistik Programming’. 'Neuro’ adalah mengenai sistem saraf dan otak iaitu neurologi. 'Linguistic’ adalah mengenai penggunaan bahasa lisan dan bukan lisan iaitu simbol. ‘Programming’ ialah pengaturcaraan atau susunan baris minda yang kita gunakan kepada diri atau pun berkomunikasi dengan orang lain.