Developing NLP Strategy

Akademi NLP

40100 Shah Alam, Selangor

Get Directions

TBA

 

Wed, 31 March 2021  12:00 AM

 (100 Remaining Slots)

Deskripsi Kursus:

Ini adalah kursus pensijilan oleh Akademi NLP Malaysia (ANLPM). Ia juga merupakan salah program laluan untuk melayakkan peserta mendapatkan pensijilan NLP Master Practitioner dari ANLPM.Peserta dikehendaki memahami teori dan melakukan latihan  praktikal yang akan dibincangkan dan dinilai untuk memastikan mereka benar-benar faham konsep dan kandungan yang disampaikan. Untuk menghadiri program ini peserta mestilah dahulu telah memiliki Sijil Pengamal Asas NLP (ANM 0101).

 

Untuk memastikan peserta dapat menerapkan pengamalan ilmu Strategy NLP mereka, diakhirkan program 3hari tersebut, peserta akan diberikan kerja kursus untuk disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan diserahkan kepada ANLPM .Sijil hanya akan dikeluarkan jika latihan tersebut mencapai tahap kompetensi seperti yang ditetapkan.

Kursus ini disampaikan dalam beberapa cara iaitu teori dalam kelas, latihan dalam kumpulan, dan kerja kursus individu.

 

Kandungan Kursus:

  • Pengenalan Apa itu Strategi?
  • Definisi Strategi, Kaedah Aplikasi Stategi
  • Model Komunikasi NLP (The Map is Not The Terrtory)
  • Kerangka Pengumpulan Maklumat, Association & Dissociation, Rapport
  • Bahasa Sistem Representasi Sebagai Bahasa Strategi
  • T.O.T.E Model, Notasi Strategi, Submodaliti, Meta Program
  • Elisitasi  Strategi,Elisitasi Formal dan Tidak Formal
  • Soalan-soalan Elisitasi Umum dan Asas
  • Strategi Membuat Keputusan Yang Berkesan
  • Strategi Motivasi Berkesan
  • Strategi Kreativiti Berkesan
  • Strategi Ejaan Berkesan

 

Siapa  Patut Hadir:

Usahawan, Pensyarah, Guru, Kaunselor, Trainer, Ahli Politik, Peguam, Pendakwah Agama dan Pendidik, Coach.

Sesiapa sahaja yang ingin mencapai matlamat, berkomunikasi degan lebih baik, menyelesai masalah dan mengatasi cabaran.

 

Fasilitator / Trainer:

Master Trainer Hj Md. Taib Mat

Master Trainer Suzana Jaffar